Time Machine

Kehidupan aku tak akan tersenyum dah selepas ini . Aku telah kehilangan orang yang paling aku sayang di dunia ini oleh kesalahan aku sendiri . Aku tidak menghargainya sama sekali . Aku sudah buat kesalahan besar apabila aku meninggalkannya untuk lelaki lain . Aku sedar tentang itu tetapi semuanya sudah terlambat .

Andai masa boleh diputar kembali pasti aku akan mengubah sikapku dan meminta maaf kepadanya . Aku tidak bahagia , aku terlalu rindukan saat bersamanya . Hari hariku terasa seperti kosong , tidak ada apa apa lagi . Aku hanya redha dengan kehidupan ku walaupun aku ingin mendekatinya kembali walaupun semua itu mustahil .

Masih aku teringat saat aku bersamanya dahulu , dialah yang mengajar ku erti kehidupan . Semakin lama aku makin sayang kepadanya dan makin lama juga aku makin angkuh dan bongkak dengan diri sendiri dan orang lain . Aku selalu menyakiti hati orang sekeliling tanpa mempedulikan perasaan mereka . Aku semakin lupa diri apabila aku tergamak menghancurkan hatinya dengan keluar bersama lelaki lain . Ah bodohnya aku

Aku sudah lupakan saat saat aku bersamanya . Aku seronok dengan dunia aku yang sekarang tanpa aku sedar hatinya hancur melihat aku seperti ini dimana dahulu aku sangat mencintai dia , mengambil berat padanya . Kini aku sudah berubah tanpa aku sedar , bukan mahuku untuk jadi begini tapi aku sendiri tidak tahu apa kena denganku . Aku sudah buat silap yang sangat besar

15 June 2012 . Tarikh yang aku tidak akan lupakan sampai kapan pun . Masih aku teringat ketika dia datang kerumah ku . Aku membuka pintu dan tengok dia basah kuyup , badannya mengigil . Aku hanya menyuruh dia pulang sahaja namun dia memujuk aku untuk bercakap sebentar . Aku tolak dia dengan kuat , dia terjatuh dan menangis memanggil namaku namun aku tidak mempedulikannya lagi dan terus menutup pintu .

Sudah seminggu aku tidak melihat kelibatnya lagi , hati aku rasa lain . Rasa seperti sesuatu terjadi kepadanya . Aku hanya biarkan saja perasaan itu , semakin lama aku makin rindu kepadanya . Aku keliru dengan perasaan aku sendiri , dulu aku sangat menyampah dengannya tapi bila dia tidak ada di depanku aku jadi rindu kepadanya . Aku terus kerumahnya walaupun aku malu kepada diri sendiri kerana dulu aku sudah buang dia

Aku mengetuk pintu beberapa kali tapi tidak berbalas . Aku cuba buka pintu , pintunya tidak berkunci . Aku terus masuk , aku memanggil namanya berulang kali namun tidak berbalas . Aku cari dia di merata tempat tetapi tidak nampak dirinya . Aku ternampak ada satu sampul di dalam biliknya dan aku terus membuka sampul itu . Ketika aku membaca air mataku menitis

' Azmin , saya minta maaf sebab salah mendidik awak . Saya terlalu manjakan awak , saya sedar dengan kesahan saya itu .
Awak , saya sebenarnya sudah tidak boleh tinggal lama lagi di Malaysia . Saya kena ikut orang tua tinggal di sana , sebelum saya meninggalkan Malaysia dan meninggalkan awak . Saya ingin menghabiskan saat saat terakhir saya bersama awak walaupun saya tahu awak sudah membenci saya tapi saya terlalu rindukan awak
Please , lepas ni saya tak akan ganggu dunia awak lagi . Saya cuma rindukan awak '

Aku terus mencari kawan karibnya untuk menanya apa sebenarnya yang berlaku kepadanya . Kawannya berkata yang dia sebenarnya sudah berpindah ke luar negeri dan sebenarnya juga dia ada penyakit barah otak yang selama ini dia rahsiakan dari aku . Aku hanya mampu menangis , semuanya sudah terlambat . Aku menyesal ...

Sekarang sudah tidak ada apa apa perkara yang perlu aku menyesal lagi kerana aku tahu semuanya salah aku . Aku bodoh tidak menghargainya . Siapa dia ? Biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tahu . Aku tidak perlu orang lain lagi , aku akan terus menunggu dia walaupun aku tahu dia tidak mungkin akan kembali kepadaku lagi

0 green lover ♥: