Pada suatu hari, aku ternampak Anggun sedang betulkan tali kasutnya . Aku segera mendekatinya . Aku bercakap kepadanya '' patutlah tali kasut awak selalu tertanggal , cara ikat pun tak betul ''. Anggun terus dongak kepalanya dan melihat aku dengan muka yang kehairanan . '' Ehh mana awak tahu tali kasut saya selalu tertanggal , bukan kenal awak pun . Huhh '' Anggun terus berlalu tanpa mempedulikan aku . Aku terus mengikutinya dari belakang . Sampai di depan sekolah tali kasutnya tertanggal lagi , aku terus tersengih melihat dia betulkan tali kasutnya itu .
'' Tengok tu tertanggal lagi , nak saya ajar tak ? '' Soalku kepada Anggun , Anggun terus berkata '' Haaa macam mana ? rimas tahu tak asyik terkeluar je , menyesal beli kasut tali '' Aku tersenyum dan terus tunjuk kepadanya cara ikat tali kasut yang betul . Anggun hanya fokus kepada kasutnya tanpa bercakap walaupun sepatah . Selepas siap aku pun bangun dan berkata '' Macam ini baru betul , susah nak tertanggal sikit '' Anggun terus mengangguk dan berucap terima kasih lalu beredar . Aku sedikit kecewa kerana dia tidak lansung ingin berkawan denganku namun aku tidak akan berputus asa . Aku akan terus mendekati Anggun gadis yang selalu berada di fikiranku.
SORRY SKIP PART MEREKA KENAL , AKU TAK ADA IDEA UNTUK PART ITU :<
Sudah nak dekat 2 tahun hubungan aku dengan Anggun , aku semakin sayang kepadanya . Cintaku tak pernah pudar walaupun sedikit . Namun pada suatu hari segala galanya berubah dalam sekelip mata , Anggun tiba tiba seperti menjauhkan dirinya dari aku . Aku tercari cari kesalahanku namun aku tidak tahu apa punca Anggun tiba tiba berubah , setiap kali aku ingin berjumpa denganya . Anggun akan memberikan alasan busy dan banyak assignment yang belum siap . Aku hanya akur dengan kata katanya . Aku tidak berani memaksa dia kerana aku takut dia akan memarahi aku .
Sudah hampir 2 bulan hubungan aku dengan Anggun semakin renggang , aku tidak tahu apa masalahnya . Aku buntu , aku sudah tidak tahu untuk berbuat apa lagi . Malam itu aku sudah bertekad mahu ke rumahnya dan terus masuk mencarinya , aku pergi ke rumahnya selepas Isyak . Selepas ibunya membuka pintu aku terus masuk kerana aku tahu jika aku meminta izin dahulu pasti ibunya akan menyuruh aku pulang sahaja kerana Anggun tidak mahu bertemu denganku .
Sewaktu aku masuk kebilik Anggun , Anggun seperti terkejut dan marah dengan aku . Aku melihat mukanya seperti orang sakit , mukanya pucat dan tidak bermaya . Aku cuba bercakap denganya namun Anggun memarahi aku dan terus tolak aku keluar . Aku pasrah , aku akan cuba menjauhi Anggun kerana bagiku Anggun sudah tidak mempedulikan aku lagi , Anggun tidak sayang kepadaku lagi . Aku menangis sepuas puasnya melepaskan sakit yang berada di hatiku ini . Hatiku bagai dihiris sembilu apabila orang yang aku sayang berbuat begitu kepadaku . Aku redha jika dia bukan milikku lagi .
Tiga bulan kemudian , aku sudah seperti biasa . Aku menjalani kehidupan seharian aku tanpa Anggun lagi . Walaupun aku sudah melupakan Anggun tetapi hatiku selalu mengingatinya . Aku tidak boleh melupaka saat saat indah bersama dengan Anggun . Aku cuma abaikan perasaan itu kerana sudah tiada guna menangis untuk orang yang sudah buang aku . Malam itu aku bermimpi Anggun datang kepadaku . Anggun datang menangis dan meminta maaf kepadaku . Selepas aku tersedar terus kenangan silam aku terimbau kembali . Aku menjadi tidak tentu arah .
Keesokkan harinya aku pergi ke rumah Anggun , sewaktu ibunya membuka pintu ibunya menjemput aku masuk . Tidak seperti dahulu lagi dimana selalu menyuruh aku pulang sahaja . Aku bertanyakan dimana Anggun berada . Ibunya hanya memandangku dan mengeluh panjang . Susah aku nak gambarkan reaksi wajah ibunya yang manis itu . Reaksinya seperti orang yang kehilangan sesuatu yang berharga . Selama hampir 5 minit ibunya diam dan akhirnya ibunya bersuara '' Anggun ...... '' Belum sempat ibunya bercakap air matanya sudah mengalir . Aku terus mendekati ibunya dan bertanya . '' Makcik , kenapa dengan Anggun ? '' Perasaan aku sedikit cemas apabila melihat ibu Anggun menangis teresak esak
'' Anggun sebenarnya sudah meninggal satu bulan yang lepas Faiz , Anggun mengidap penyakit Lukiemia . Setelah Anggun tahu umurnya tak panjang Anggun terus menjauhi Faiz , Anggun mahu Faiz lupakan Anggun kerana Anggun tidak mahu Faiz menangis semasa Anggun pergi . Semasa Anggun menghembuskan nafasnya yang terakhir . Anggun selalu menyebut nama Faiz , Anggun rindukan Faiz . Anggun tidak pernah lupa kepada Faiz . Anggun sayangkan Faiz ''
Tanpa aku sedari air mataku mengalir laju , aku meraung semahu mahunya apabila mengetahui semua itu . Aku menyesal kerana tidak tahu semua ini . Andai saja aku tahu pasti aku akan menjaganya sebaik mungkin sebelum dia meninggalkan aku buat selama lamanya . Khilafku.
5 Tahun sudah berlalu , akan ku sentiasa kenang kenanganku bersama Anggun Arjuna Abadi cinta pertama aku . Kini aku sudah mempunyai seorang isteri yang solehah dan mempunyai seorang cahaya mata yang aku namakan Anggun Nur Iman . Anggun adalah masa silamku yang tak mungkin aku dapat lupakan sampai bila bila . Yang hidup perlu diteruskan , aku bahagia bersama isteriku Intan Camelia .
Anggun . Faiz merinduimu .
TAMAT
0 green lover ♥:
Post a Comment